Dimana letaknya iman kita
Dalam kesibukan mengejar masa, kadang-kadang kita terleka dimana letaknya iman kita. Bayangkan berapa kali kita mengingati Allah s.w.t. Ketika makan, dimana kita meletakkan kesyukuran Rata-rata akan menyebut nasib baik Duit ada, bolehlah beli makanan.. Tapi berapa ramai orang menyebut Allah yang menberikan kita makanan. Berapa jahil diri ini, dikala Allah s.w.t menberikan rezeki.. Diri ini berterima kasih kepada duit. Kalau kalau kita fikir secara logiknya, senang sahaja mengamalkannya... Tapi kebiasaan kita menyebut DUIT yang menberikan kita makan. Ini yang menjadikan sejati dalam diri, yang mana kita menyebutnya secara spontan.. Majlis ilmu selepas isyak tadi di surau ada menyentuh pasal hal ini. Tertarik dengan satu ayat yang mana iman itu yang menjadikan kita seorang yang kuat dan gagah. Mungkin kita tidak percaya, bayangkan dikala waktu subuh berapa orang dapat bangun tepat pada waktunya dan apabila azan dilaungkan. Larat mengangkat kepala dari tempat tidur kerana kuat...
Ulasan