Story Kebun Getah

Back To University.

masa untuk update blog. dekat rumah bukan tidak sempat men"update" blog tapi memang internet setakat dapat GPRS memang tidak kemana la mahu men"update" blog. maklumlah jauh dari pembangunan.

story of kebun getah.
dulu masa kecik-kecik kebun getah tu sudah menjadi permainan kami.
manakah tidak dengan bayaran satu plastik biji getah kami mendapat bayaran 30 puluh sen.
memang jelas ke belakang. 
banyak nilai 30 sen tu, dengan 30 sen dapatlah beli gula-gula dengan keropok.

kalu zaman sekarang 30 sen tu sudah tidak bernilai.
jangan harap kanak-kanak sekarang menghargai nilai 30 sen tu.

masa cuti semester memang seronok menghabiskan masa di kebun getah.
mungkin ada yang tidak tahu bau getah memang tidak menyenangkan.
tapi itulah periuk nasi keluarga.

kebun getah seolah-olah menjadi tempat yang paling seronok bertemu.
selepas penat menoreh, orang kampung duduk di tempat selalu berkumpul.
berbual pelbagai isu sambil melepaskan penat.

kadang-kadang anak-anak yang dibawa semasa cuti sekolah diajar akan kesusahan.
kesusahan mencari rezeki.
agar apabila mengadap masa hadapan tidak lupa akan kesusahan hari ini.

ada yang menganggap perkerjaan menoreh ini mudah.
tapi sebenarnya memerlukan cara yang betul agar pokok getah tidak rosak.
ada yang tidak pandai menoreh, susu getah tidak akan keluar.



apabila getah menjadi sumber ekonomi maka harga getah menjadi perhatian.
setiap hari ada sahaja update harga getah terbaru.
jika harga getah melambung tinggi maka senanglah hati.
apabila harga getah menjunam hingga penoreh terpaksa berhenti menoreh.

tapi kami yang memang bergantung kepada satu punca rezki memang akan teruskan menoreh walaupun harga getah menjunam. sebab itu periuk nasi kami.

kebun getah mengajar kami tentang kepayahan, mengajar erti kesusahan, mengajar erti berdikari

we patience, we strive, we thankful
Fakulti Of Time
University of experince


Ulasan

klANA berkata…
ada sejenis kulat byk tumbuh kt kebun getah, msa kecik2 suka ikut nenek kutip kulat nie, bawa blk nenek msk rendang.. mmg sedap sgt!

Catatan popular daripada blog ini

adakah IC yang menbuatkan kita islam?

Dimana letaknya iman kita

Usik Dunia