second : tashkent perjalanan bermula

sambungan dari  first: taskent mencipta kenangan

#keluargaBMUzbek

Mungkin diantara kami belum pernah merasai perjalanan menaiki kapal terbang
penerangan oleh syafiq sungguh berguna untuk kami bergerak,
cukup teliti syafiq menjaga logistik sehingga perkara kecil diambil berat.



perjalanan menaiki kapal terbang ke tashkent mengambil masa 7 jam
namun perjalanan tidak penat sebenarnya, haku asyik melihat keluar tingkat
terpesona dengan keindahan pemandangan dari atas sana.
menjadi seorang yang jakun mungkin melihat sesuatu berbeza-beza
melintasi negara-negara yang tidak pernah haku menjejak kaki,
terpesona dengan keindahan muka bumi tuhan. 



mataku asyik memandang peta pada touch screen mungkin dapat meneka
meneka di negara mana sekarang, mungkin india ataupun pakistan
kadang-kadang bergelak ketawa dek chatting box di dalam flight.
pelbagai jenaka terkeluar.



disambut kami di airport oleh pihak kedutaan, terus dibawa ke bas.
mungkin susah sedikit untuk masuk ke negara ini,
tapi ini pengalaman berguna kepada kami sebagai pelajar.
uncle rustam setia menunggu kami, terima kasih uncle rustam

dibawa ke hotel tempat kami menginap, dengan cuaca agak sejuk
satu kelainan bagiku, mungkin jakun aku mengadap perkara sebegini.
sempat juga berkenalan dengan beberapa kanak-kanak.
football is everything people understand.
kami bermain bola sepak, santai-santai berkain pelikat.

bertemu dengan murza, seorang pelajar bahasa melayu
di tashkent oriental institute menbuatkan kami terpegun
begitu tinggi nilai bahasa ini padahal di tempat bahasa itu lahir
mungkin penggunanya sudah kurang menggunakan dengan betul
sayang, bahasa lingua franca sebuah tamadun perdagangan yang hebat
dilupakan meninggikan bahasa orang lain.


kami dibawa belajar sekitar metro bawah tanah yang menhubungkan seluruh bandar ini.
harga perjalanan ke mana-mana destinasi hanya 700 som lebih kurang 1 ringgit malaysia
matawang di negara ini memang besar jumlah tapi nilai tidak kurang. 
cantik di dalam stesennya, tapi kami dilarang mengambil gambar.
mungkin isu keselamatan menjadi tujuan, simpanlah ia sebagai memori

balik ke bilik lalu mebuka siaran televisyen
kerajaan mereka sangat menitik beratkan bahasa mereka
sehinggakan setiap rancangan mesti dalam bahasa mereka
tidak mustahil negara ini mengunjurkan rakyatnya belajar 
tentang bahasa bangsa lain, supaya menbawa ilmu ke dalam 
bahasa mereka. teruja....

cerita lanjut--->zuhaida
album  --->   album gambar

22 mac 2013



fakulti musafir
universiti dunia



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

adakah IC yang menbuatkan kita islam?

Dimana letaknya iman kita

Usik Dunia