third: tashkent delegasi belajar


#keluargaBMUzbek

hari kedua, kami dibumi tashkent sebagai seorang pelajar.
menbawa misi menbantu dan berinteraksi dengan pelajar bahasa melayu disana
keadaan malamnya yang sejuk menyebabkan kami lena dibuai mimpi

waktu disana lewat 3 jam berbanding malaysia
saja diriku tidak menukar waktu malaysia pada handphone
memikirkan apa yang berlaku sekarang di malaysia

sarapan pagi disediakan oleh abang-abang chef kami
walaupun masakan tidaklah sebaik sesedap manapun
demi mengisi perut yang kosong, ku telan jua





perjalanan pagi itu menbawa kami ke tashkent oriental institute
sebuah pusat pengajian yang mengajar bahasa melayu dan peradapan melayu
lagi teruja kebanyakan pelajar boleh berbahasa melayu
mungkin haku pelajar sains yang memang tidak peka terhadap bahasa








persembahan dari malaysia kami bawakan menjadi satu acara utama
persembahan zapin endang dan balqis menjadi tatapan
mungkin kami tidak sehebat penari profesional tapi 
itu lah persembahan daripada bakal orang-orang IT, jurutera dan ekonomi
mungkin ada disana hairan kenapa pelajar sains seperti kami boleh menari
ia adalah semangat untuk kami sampai disana untuk menberi sesuatu

akhir kami disana, kami dijemput ke kedutaan malaysia
kami dirai oleh kakitangan kedutaan yang sangat mesra
ucapan terima kasih kedutaan malaysia di sana terutama encik aziz
sudi menjemput kami datang bertandang di rumahnya
























perjalanan hari kedua kami diteruskan lagi ke sebuah pertunjukan sarkas
haku mulai faham masyarakat disana sangat meminati kebudayaan dan hiburan
kebudayaan dan hiburan sebati dalam kehidupan mereka
pelbagai pertunjukan dihidangkan walaupun kadang-kadang agak tidak sesuai di malaysia
mungkin disana biasa





menjamu selera disebuah kedai merasai kesedapan roti masyarakat disana
dihidangkan dengan teh tanpa gula
mungkin di malaysia terutama di negeriku kelantan, ada yang mengomel
tiada gula tiada kemanisan, berbeza budaya bukan, ia satu anugerah
kadang-kadang tersenyum dengan orang disana




sehari perjalanan haku dapat mengutip beberapa perkara
disana mungkin kedatangan pelancong tidak seperti malaysia
apabila masyarakat disana melihat kami mereka sangat suka
mungkin pakaian kami agak colourfull, disana masyarakatnya tidak
banyak corak warna yang dipakai, tiada strike colour seperti pakaian kami

cerita dari zuhaida----> blog
album gambar---faqrulenco

23 mac 2013

ijazah pengetahuan dan pengalaman
fakulti musafir
universiti musafir


Ulasan

Unknown berkata…
nice.. jauh perjalanan, luas pandangan
faqrul berkata…
belajar dimana-mana

Catatan popular daripada blog ini

adakah IC yang menbuatkan kita islam?

Dimana letaknya iman kita

Usik Dunia