Corak Pemikiran

Sudah usang mungkin laman ini.

Mungkin laman ini sudah mencapai usia matang.

2009 menjadi tahun aku mengenali laman ini.

10 tahun waktu yang sangat lama.

Begitu juga, Corak pemikiran.

10 tahun itu menemukan pelbagai pengalaman

manis untuk dikenang

pahit untuk ditelan

tapi pahit adakala penawar sesuatu penyakit.

Aku bukan ahli falsafah menbicara pemikiran manusia

Hanya menjadikan pembacaan, penelitian dan pemahaman sebagai panduan

Sungguh corak pemikiran manusia ini berubah-ubah.

Tatkala juga, mengikut hirarki dalam masyarakat.

Hirarki masyarkat mungkin disebabkan harta, pangkat mahupun pendidikan.

Dan masyarakat mula berfikir mengikut hirarki mereka berada.

Corak pemikiran seorang pakar ekonomi tidak sama dengan seorang buruh kasar.

Tatkala pakar ekonomi mencadangkan pembesaran lapangan terbang, seorang buruh kasar hanya memerlukan pengangkutan awan.

Keperluan masing-masing, mungkin pakar ekonomi ingin cepat sampai destinasi dan selalu terbang kesana kemari menbentangkan kertas kerja.

Tidak sama dengan seorang buruh yang hanya memerlukan tambang murah untuk pulang melihat keluarga dan melepaskan lelah mencari rezeki.

Pakar ekonomi melihat perniagan pertanian ini tidak menguntungkan. Mainan angka dan susuk kekurangan diberi oleh pakar ekonomi. Tapi pada petani, itulah tinggalan harta pusaka menbesarkan anak dan menberi mereka makan,

Aku tidak tahu istilah macro and micro ekonomi tapi tahu istilah jerih penat pagi menoreh dan petang bersawah mendapatkan rezeki. Tatkala, sang menteri masih lagi berpegang teguh dengan kemampuan menoreh di musim hujan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

adakah IC yang menbuatkan kita islam?

Dimana letaknya iman kita

Usik Dunia