Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel fakulti prinsip

Diam dan Keras

Bila diam bukan bererti takut. Meskipun setiap masa dihambat cabaran. Ketika diam bulatan keras semakin kuat. Keras bukan ertinya kasar pada perlakuan. Ianya hanya manifestasi menyatakan idea supaya lebih bernas. Idea bukan semua patut diterima. Ia patut dibincang dan dinilai mengikut lunasnya. Bagi manusia yang menutup sistem idea. Berdepanlah dengan kejatuhan. Biar manusia muda gila beridea. Kritik manusia muda agar mereka yakin. Jangan bakar idea mereka seperti sampah. Berishkan idea manusia muda agar lebih baik Fakulti Prinsip Universiti Kehidupan

Tulisan ataupun Luahan jiwa?

Penulis, Perwatakan yang besar menpunyai pelbagai idea, seorang penulis bagi aku bukan sekadar pencatat, seorang penulis menpunyai pelbagai rahsia, ia tercatat didalam hati. diungkil dengan bahasa agar manjadi tatapan dan pengajaran semua. penulis, watak bukan sahaja puitis dan pandai mengungkap kata-kata, setiap kata bersimpul rasa dan luahan hati dengan luas penglihatan. menbawa watak yang serupa dalam diri diketengahkan dalam tulisan. meleburkan setiap idea dalam tulisan. penulis, inspirasi itu daripada ilham yang dianugerahkan. bersimpul erat dengan ilmu tawakal dan tasawwuf, meneroka setiap genap isi dunia diluahkan untuk menjadi tumpuan. bukan popular tapi ia manbuat orang mengerti dan menpelajarinya. Fakulti Prinsip Universiti Kehidupan