Catatan

Hujan dan Lompak

Perjalanan 45 minit menunggang kapcai yang dihadiahkan oleh seorang ayah. Cukup mengajar pelbagai perkara, manakan tidak 2 jam 5 hari seminggu berada diatas jalan raya mengharungi hiruk pikuk pinggir bandar ke bandaraya Kuala Lumpur. Hujan dan lombak bukan lagi asing, bahkan menjadi satu mainan tatkala menunggang motosikal. Seringkali lompak air terbaling atas muka dan badan, basah kuyup seperti mandi sungai. Ini lah satu kisah di Bandar. Malu menunggang motosikal, sungguh ku katakan tidak, ia mengajar aku tentang kesusahan dan pengorbanan dalam mencari rezeki. Semburan lompak air, mengajar tentang pangkat dan jawatan hanya pada nama, tiada beza. Hilanglah pangkat dan jawatan bila disembur air lompak. Mungkin.... Sambung lagi.....

Corak Pemikiran

Sudah usang mungkin laman ini. Mungkin laman ini sudah mencapai usia matang. 2009 menjadi tahun aku mengenali laman ini. 10 tahun waktu yang sangat lama. Begitu juga, Corak pemikiran. 10 tahun itu menemukan pelbagai pengalaman manis untuk dikenang pahit untuk ditelan tapi pahit adakala penawar sesuatu penyakit. Aku bukan ahli falsafah menbicara pemikiran manusia Hanya menjadikan pembacaan, penelitian dan pemahaman sebagai panduan Sungguh corak pemikiran manusia ini berubah-ubah. Tatkala juga, mengikut hirarki dalam masyarakat. Hirarki masyarkat mungkin disebabkan harta, pangkat mahupun pendidikan. Dan masyarakat mula berfikir mengikut hirarki mereka berada. Corak pemikiran seorang pakar ekonomi tidak sama dengan seorang buruh kasar. Tatkala pakar ekonomi mencadangkan pembesaran lapangan terbang, seorang buruh kasar hanya memerlukan pengangkutan awan. Keperluan masing-masing, mungkin pakar ekonomi ingin cepat sampai destinasi dan selalu terbang kesana k

Palsu Mengejar Dunia

Kepalsuan apakah ini? Diberi harta, tiada syukur. Diberi pangkat, goyang berdiri. Diberi nyawa, tetapi sesak bernafas. Diberi kekuatan, kalah dengan diri sendiri. Mulakan apa? Mula fikir hujung dunia ingin dicapai padahal tanah ini belum mampu dipijak sempurna Mula fikir Qarun yang mana hartanya ditelan bumi padahal diri mula mereput. Mula fikir kekuatan alexander mampu tawan dunia padahal diri bertongkat.

Diam dan Keras

Bila diam bukan bererti takut. Meskipun setiap masa dihambat cabaran. Ketika diam bulatan keras semakin kuat. Keras bukan ertinya kasar pada perlakuan. Ianya hanya manifestasi menyatakan idea supaya lebih bernas. Idea bukan semua patut diterima. Ia patut dibincang dan dinilai mengikut lunasnya. Bagi manusia yang menutup sistem idea. Berdepanlah dengan kejatuhan. Biar manusia muda gila beridea. Kritik manusia muda agar mereka yakin. Jangan bakar idea mereka seperti sampah. Berishkan idea manusia muda agar lebih baik Fakulti Prinsip Universiti Kehidupan

Tulisan ataupun Luahan jiwa?

Penulis, Perwatakan yang besar menpunyai pelbagai idea, seorang penulis bagi aku bukan sekadar pencatat, seorang penulis menpunyai pelbagai rahsia, ia tercatat didalam hati. diungkil dengan bahasa agar manjadi tatapan dan pengajaran semua. penulis, watak bukan sahaja puitis dan pandai mengungkap kata-kata, setiap kata bersimpul rasa dan luahan hati dengan luas penglihatan. menbawa watak yang serupa dalam diri diketengahkan dalam tulisan. meleburkan setiap idea dalam tulisan. penulis, inspirasi itu daripada ilham yang dianugerahkan. bersimpul erat dengan ilmu tawakal dan tasawwuf, meneroka setiap genap isi dunia diluahkan untuk menjadi tumpuan. bukan popular tapi ia manbuat orang mengerti dan menpelajarinya. Fakulti Prinsip Universiti Kehidupan

Pembeli getah skrap

berkata yang baik-baik tentang diri orang lain elakkan mencari keburukan orang lain walaupun sangat buruk tatkala harga getah merudum dengan teruk ku teringat satu masa apabila harga getah mencapai tahap tertinggi,berbondol-bondol mereka yang mencari  pendapatan tambahan menoreh,ada yang sempat mengatakan lebih baik menoreh daripada berkerja makan gaji. ia hanya cerita sementara, sekarang harga getah pada tahap yang rendah dan makin rendah. suasana sekitar ku mendidik aku untuk belajar bukan sahaja didalam kelas malahan di luar bilik darjah. tak lupa mencoret memori dijadikan contoh dalam hidupku satu masa, bila aku duduk bersama abah. normal bagi aku belajar sesuatu dari raut muka, kulit dan urat orang yang sangat pengalaman bagi ku,abah.  ku hanya orang muda baru mengenal sisi dunia. ku mendengar penduduk kampungku menbezakan  harga getah yang di jua

Usik Dunia

Masa terus berlalu, terlalu pantas mengikat saat minit dan jam andai lupa mengingat masa berlalu andai lupa merancang ianya padah luang masa menulisku amat terhad, mungkin masa tidak sesuai ataupun ku kurang menceduk yang wajib aku pelajari ku bukan penulis tegar, mengutarakan isu-isu dalm konteks seorang memahami tapi masih memikirkan cuma tidak secergas di alam maya pelbagai isu diutarakan oleh masyarakat dan tujuan tetap sama  berkaitan dengan hak,  Dunia mengusik dengan gurauan mimpi semalam yang menbuat tidur terganggu yang pasti kun fa ya kun masih berdiri disitu, wajib dipercayai. hari semalam kurang ilmu daripada hari ini, beza ilmu. dunia masih mengusik tika masa ini, mengusik penghuninya diarah oleh tuannya pasti yang mencemuh dan ada yang berbahagia.  usik dunia diteka, diteka oleh penghuninya dunia hanya hamba penciptanya dunia tiada apa-apa kecuali