kg relong, kuala lipis


banyak kisah yang tidak mampu diungkap. Perjalanan musafir meneruskan rentak hidup yang mencabar dan ceria. Kali berprogram di Kg. Relong Kuala Lipis. Buat pertama kali ini faqrul menyertai anak angkat beramai-ramai. Mungkin sebelum ini, program hanya melibatkan peserta yang amat sedikit tapi kali ini melibatkan beberapa universiti.

Kalau melibat pelbagai universiti, maka dapatlah berkenalan 
university lain. dengan  “Bakti disemai, kasih dituai”.Sempat juga melihat beberapa komen dan ulasan daripada borang yang diisi oleh kawan-kawan universiti lain. Memang rata-rata menganggap program ini adalah terbaik dan memang terbaik!!


 kg relong, kuala lipis pahang.....


Berkenalan dengan keluarga yang baik hati memang sangat beruntung. Ketika di dewan kedengaran peserta memuji keluarga angkat masing-masing seterusnya menunjukkan penduduk disana semuanya baik hati. Keluarga angkat kami sangat senang didekati, seronok bila dapat berbual dan saling bertukar cerita. Disamping itu, dihidangkan dengan  makanan yang sedap-sedap. Yang pasti, mak angkat kami masak terbaik dan sedap!!! Masakan burung puyuh tu...mak angkat masak sedap!!!

Aktiviti sekolah pula bersama-sama adik kat sekolah, bernyanyi sama-sama lagu “jambatan goyang-goyang” . Adik-adik yang sangat “happening” menyebabkan akak dan abang mereka ini lagi “exciting”.  Orang kampung memang terbaik, memang bersemangat dalam buat aktiviti. Kadang-kadang timbul rasa segan dengan kebaikan orang kampung.

Rakan-rakan serumah memang habis santai, aktiviti dengan diorang penuh dengan menyeronokkan. Macam-macam bercerita dari isu dunia sampai isu ummah dan akhirat. Ini bererti menyertai program islamik bukan hanya melihat pada kacamata dunia tapi akihirat dan ummah moga-moga dapat menbuka mata melihat keluasan pandangan yang Allah s.w.t bagi. 

Mendengar cerita mak angkat pasal gua, terdetik rasa ingin memanjat bukit melihat sendiri gua yang dikatakan. Bersama  4 orang rakan dapat mencuri masa ditengah sibuk orang berakitiviti, kami berempat memanjat bukit sampai ke puncak tapi tidak menemui gua yang dikatakan. Diberitahu oleh ayah angkat gua tersebut dibelakang bukit dan kami tidak melalui jalan tersebut. Nasib la labu!!!!!

kawan sama universiti...
majlis perpisahan..

zul, amin, mok, aboh, adik

family angkat kitorang.....


 “Seseorang Muslim itu adalah saudara Muslim yang lain. Dia tidak menzaliminya dan tidak menyerahkannya (kepada musuh), barangsiapa yang menunaikan hajat saudaranya nescaya Allah akan menunaikan hajatnya, dan barangsiapa yang menghilangkan daripada seorang Muslim satu kesusahan nescaya Allah akan menghilangkan satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahannya pada hari kiamat kelak, dan barangsiapa yang menyembunyikan (keaiban) seorang muslim nescaya Allah akan menyembunyikan (keaibannya) pada hari kiamat.” – Riwayat Bukhori dan Muslim 
 
gambar lain..faqrulenco.tumblr.com

Ulasan

atuk berkata…
Assalamualaikum Faqrul

suasana kampung masih mengamalkan muafakat
faqrul berkata…
walaikumusalam, ye atuk.. perkara yang makin dilupakan oleh orang ramai..
piko berkata…
salam.. waaa tak sangka blogger jugak eh.. tergelak gelak baca entri nie.. tak sangka.. haha..:D

Catatan popular daripada blog ini

adakah IC yang menbuatkan kita islam?

Dimana letaknya iman kita

Usik Dunia