Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel peristiwa

Ditengah hutan menbentuk strategi

Imej
Kawan-kawan seperjuangan, mereka tidak pernah mengatakan penat untuk terus berjuang berjuang untuk menyampaikan sesuatu yang baik, pelbagi rintangan perlu ditempuhi, menbincangkan strategi di tengah hutan belantara memikirkan masa depan sebuah perjuangan. saban tahun, mereka yang berjuang pasti meningkatkan mutu perjuangan bukan untuk masyarakat tapi untuk mereka sendiri bukan mereka tidak baik tetapi cuba meperbaiki diri sendiri termasuk diri ini. meninggalkan bantal tilam yang empuk di asrama  sanggup beralaskan tikar untuk merehatkan diri sebelum mengeluarkan idea tiada wang ringgit yang dihamburkan cuma mengharapkan diri akan terus menbantu minta maaf kawan-kawan, datang lambat untuk bersama ber 'induction' bersama, komitmen lain perlu diselasaikan dahalu memandangkan tarikh makin hampir. deruan air sungai yang menjadikan idamanku dikala hamba bertemu tuhan. mengatakan kepada tuhan supaya hati ini terus sama berjuang. ...

Rumah Titian Kasih, Didikan Agama Berkeluarga

Imej
Tidak terfikir difikiran, itu yang boleh dikatakan kepada situasi masyarakat. bila difikirkan balik betul ke perkara ini berlaku, tapi di realiti kehidupan dunia ia sudah berlaku. kata pakcik mat"this people living in problem relationship, they does't know what is true or false"  saya tidak menyalahkan mereka, pendidikan mereka tentang agama amat kurang, tidak boleh salahkan siapa-siapa sebab perkara ini berumbi dalam masyarakat masalah yang tidak diampungkan sebagai isu-siu yang besar dalam masyarakat. memang bukan isu yang besar tapi pada masa sekarang, tapi pada masa hadapan  ia menyusahkan generasi akan datang. di rumah titian kasih, mereka diajar hidup berkeluarga, yang mana ada orang tua yang menjaga anak-anak, realiti mengatakan duit akan menbantu untuk hidup. maka ramailah berhambakan duit lupa akan tanggungjawab mendidik bekalan akhirat. saya bukan seorang pandai agama, tapi memahami mass problem ini, berkongsi supaya menjad...

EXPLORACE: MENGHAYATI CIPTAAN ALLAH S.W.T

Imej
Kelam kabut di hambat dengan tugasan dan kelas, masih berkesempatan mengikuti explorace yang dianjur oleh PERKIM Kebangsaan di bukit damansara. program ni berlangsung di masjid saidina umar al-khattab. bercerita pasal masjid saidina al-khattab memang mengingatkan zaman persekolahan. sebabnya, pernah datang ke sini masa umur 10 tahun. apa sangatlah yang masih diingat umur semuda itu. memang mengimbau memori betul. tersenyum sendiri. masjid saidina umar al-khattab sebelum explorace peserta dihidang dengan nasi lemak, memang explorace sangatlah lepas makan. tambah lagi belum breakfast, memang penuh pinggan makanan. Diberi penerangan oleh ustaz farhan as program manager. memang sudah lama tak jumpa ustaz farhan tapi masih dengan senyuman manis tu. senyuman yang menarik minat orang mendekatinya. menarik minat bukan islam bertanya tentang islam. maka jomlah senyum. peserta dilepaskan oleh VIP dari PERKIM dan JKK Masjid umar al-khattab. doa dibaca oleh Imam Muda A...

kg relong, kuala lipis

Imej
banyak kisah yang tidak mampu diungkap. Perjalanan musafir meneruskan rentak hidup yang mencabar dan ceria. Kali berprogram di Kg. Relong Kuala Lipis. Buat pertama kali ini faqrul menyertai anak angkat beramai-ramai. Mungkin sebelum ini, program hanya melibatkan peserta yang amat sedikit tapi kali ini melibatkan beberapa universiti. Kalau melibat pelbagai universiti, maka dapatlah berkenalan  university lain.  dengan   “Bakti disemai, kasih dituai”. Sempat juga melihat beberapa komen dan ulasan daripada borang yang diisi oleh kawan-kawan universiti lain. Memang rata-rata menganggap program ini adalah terbaik dan memang terbaik!!  kg relong, kuala lipis pahang..... Berkenalan dengan keluarga yang baik hati memang sangat beruntung. Ketika di dewan kedengaran peserta memuji keluarga angkat masing-masing seterusnya menunjukkan penduduk disana semuanya baik hati. Keluarga angkat kami sangat senang didekati, seronok bila dapat berbual dan saling be...

Program Sehari Bersama Asdaf

Imej
Perancangan Allah lebih mengetahui kita dilahirkan dalam kaum apa dan bangsa apa, tetapi jangan sesekali kita menyalahkan takdir dalam dengan perkara yang telah Allah tetapkan. Mungkin yang telah diaturkan Allah adalah terbaik untuk kita. Kali program bersama asrama darul falah PERKIM yang lebih dikenali sebagai ASDAF. Daripada penerangan yang diberitahu oleh pengetua asdaf, penghuni disini merupakan anak-anak orang asli yang dipilih dari semua perkampungan orang asli diseluruh Malaysia. Penghuni disini mendapat bantuan daripada orang ramai dari segi kewangan untuk menampung pembelanjaan pendidikan dan keperluan harian. Program dimulakan dengan penerangan oleh pengetua asrama ini dan diteruskan dengan aktiviti gotong royong sekitar asrama. Selepas itu diteruskan dengan aktiviti berkenal-kenalan antara fasilitator dan penghuni disini dan bermulalah aktiviti yang lain. Aktiviti yang terakhir adalah penyampaian hadiah kepada semua penghuni. Biarpun bukan kali pertama ke sini teta...

nothing to say....

Imej
Walaupun memang mengantuk kelas waktu pagi, diberatkan lagi dengan pembelajaran agama dalam bahasa inggeris. Apatah lagi bahasa inggeris, dalam bahasa melayu tulen pun boleh tertidur. Mungkin syaitan banyak sangat tergantung di kelopak mata kata guruku ketika saya mengikuti kelas agama di sebelah rumah. Jikalau masih tertidur maka hinggaplah sebatang rotan di belakangku. Tapi itu sebuah pengalaman yang bagus sebab selepas ini jangan tidur dalam kelas. semua itu mungkin salah satu kisah dalam hidup. Jika dibanding, belajar dengan guru yang berpendidikan pondok sangat serenok. Mungkin sebab bahasa yang digunakan kebiasaan kita bercakap dalam pertuturan harian. Dan kadang-kadang kebolehan guru-guru ini menyesuaikan diri dengan situasi remaja sangat bagus. Bila dibacakan kitab-kitab lama seperti melalui rentasan masa denagn bahasa yang sedap didengar dan apabila diberi penerangan sangat menyeronokkan bagi seeorang remaja. Lagi –lagi berkaitan hukum hakam, sebab remaja memang stage un...

Larangan melintas hadapan orang solat.

Biasalah hujung minggu, pasaraya memang penuh dengan orang ramai mahu mencari barangan keperluan dan bersiar-siar. Ahamdulilah walaupun sesibuk mana pun kita apabila masuk waktu solat kita akan terus bergegas menunaikan solat. Indahnya dapat solat berjemaah walaupun dalam surau pasaraya yang kecil. Tapi kerana tauhid dan akidah yang sama kita sama-sama solat walaupun tidak mengenali saudara dalam sof kita. kerana kita tahu kita adalah saudara seagama. mungkin kelam kabut dalam surau yang kecil maka kita terlepas pandang dalam hal hukum melintas di hadapan orang tengah solat. Dari HALAQAH.NET Baginda Rasulullah S. A. W. bersabda ....... "Apabila salah seorang dari kamu menghadap sesuatu yang dapat menutupinya dari orang, kemudian ada orang yang LALU di hadapannya, maka hendaklah ia MENOLAKNYA dari tubuh sebelah atas badannya. Jika orang yang lalu itu MEMBANGKANG, maka PERANGILAH ia kerana sesungguhnya ia adalah SYAITAN ..........." dan menurut hadis yang lain ...... ...

laluan yang sukar.

mungkin pada orang lain perkara itu senang. tapi tidak pada aku. mungkin kekurangan ada tapi kelebihan itu tetap ada. ku tetap yakin bahawa kelebihan itu ada. ku tunggu cacian dengan umpatan jika ku kalah. kerana ku tahu cacian itu menaikkan semangatku. ku tahu esok cerita tentangku akan tersebar luas. tapi ku tetap yakin perkara yang berlaku mesti ada sebab. adakah ku salah ataupun ku sedang diuji. kadang ku rasa lemah tapi bukan erti mengalah. bukan ku lari tapi siap sedia menbaiki diri. bukan ku pergi tapi ku mencari yang ESA. erti hidup bukan pada kelebihan tapi pada keikhlasan hati. kelebihan itu kadang-kadang mematikan hati. tapi ku tetap yakin hidup ini lebih bermakna jika kelebihan digunakn sebaik mungkin. berapa orang sahaja dapat mengenal kekurangan apabila mendapat kelebihan. kerana kekurangan maka kelebihan bermakna. episod kekurangan bermula. tapi kelebihan tetap menunggu agar kekurangan menginsafkan diri. erti hidup bukan kerana sesuatu. hidup pe...

selamat hari raya 2011

tip top tip top... raya sudah mari la. happykan raya, dari twitter hingga facebook. penuh ucapan selamat hari raya dari sedaro mare. yang confem perlulah kita menghargai anugerah ini. moga lebaran ini menbawa makna. terima kasih kepada mereka yang tidak bercuti raya. sebabnya. sebab merekalah kitorang dapat beraya dengan aman. sebab dioranglah trafik tak teruk. sebab dioranglah rumah kami dijaga masa kami balik kampung. sebab merekalah yang pandu bas kami dapat balik kampung. thanks you. musim raya banyaklah rumah terbuka dan makin banyak dapat makan kan. jaga kesihatanlah yang penting. jangan main rembat sahaja. buat kawan-kawan yang bertunang kat depan, tepi, belakang rumah tu. selamat bertunang moga sampai ke jinjing( ntah botol ke tak eja) pelamin. lastly. #ucapan selamat hari raya kepada ahli keluarga. saudara-mara yang pulang atau tidak.  tidak lupa pula kepada rakan-rakan sekolah. rakan-rakan universiti. rakan-rakan dakwah. rakan-rakan kampung....

kami seorang pemimpin..oh kesuma!!!

Imej
kali ini berkelana kat smk tasik kesuma. sekolah boleh kira tahap bandar dan majulah. kalu dulu den biasa turun sekolah kampung-kampung. sekali bertukar angin ke sekolah bandar pula menimba pngalaman. atas jemputan saudara putra(bapak), jom la program kepimpinan pelajar smk tasik kesuma. bukan saja-saja jer jadi fasiliator tapi sekador berkongsi pengalaman dengan adik-adik tentang pemimpin. program 2 hari 1 malam tapi penatnya mengalahkan program satu minggu, dah approve dah kata2 fasilitator den dulu-dulu masa training of fasilitior, kalau mahu jadi fasilitator kalu tak rasa penat tak lulus lagi la.. (ambo dah lulus) ramaikan peserta? setiap group 10 orang, berterima kasih semua fasilitator sebab saling tolong menolong kalau tidak tak larat nak jaga 200 orang peserta, kalau dulu-dulu fasilitator sekolah rendah takpa la, ini sekolah menengah. lagi satu ini adalah pemimpin harapan sekolah diorang dari PRS, PENGAWAS, KOPERASI, PSS. majlis penutup bersama pihak sekolah. fasilitator y...

apabila kawan bukan islamku bertanya...

Imej
subuh sudah dekat. tapi mata masih berkelip-kelip, tak mengapa tunggu subuh dahululah. teringat kisah dulu bersama kawan-kawan bukan islam dahulu. banyak pengalaman yang dikutip bersama mereka. bukan dari segi kerja tapi dari segi menbuka minda bagaimana mereka berfikir tentang islam. satu kisah dimana saya berbual-bual bersama rakan-rakan rata-ratanya berbangsa cina tidak kiralah hakkien ataupun fukien. walaupun kali pertama bertemu dab berbual bersama mereka saya dapat menbezakkan hakkien dan fukkien. maka rancaklah kami berbual sambil bertanya tentang bangsa dan agama, itulah dunia remaja tidak adapun sedikit rasa perkauman atau sensitiviti bangsa. mengapa pula apabila sudah meningkat umur mula timbul rasa perkauman. adakah fikiran kita semakin menghala kearah kebodohan. mr google tengah-tengah rancak berbual timbul pula persoalan agama, this is point how to explain to them. biasa golongan remaja suka kepada soal perasaan dan hati. kawan bukan islamku bertanya, kenapa kalau ...

bercanda bersama adik2 ku...

Imej
pejam celik dah satu bulan tidak mengarapa apa-apa dalam blog ini. bukan sebab sibuk tapi mungkin disebabkan rangkaian internet masih lagi menjadi masalah. biasa itulah yang terjadi pada kami penduduk di luar bandar, mengharapkan siaran televisyen untuk mendapat tahu tentang isu-isu semasa. bermacam isu-isu semasa kedengaran ketika ini, menjadi topik perbualan hangat dikalangan masyarakat tidak kisah di forum, kedai kopi dan kaca TV. Hingga ada sesetengah golongan pemuda merasa muak dengan kisah politik dimalaysia ini. adakah pemimpin negara sekarang tidak kira dari parti kerajaan ataupun parti pembangkang belum sedar golongan muda sedang MEMANASKAN DARAH MUDA menjatuhkan mereka. kali ini saya mahu garapkan kan kisah berada di sekolah tanjung gahai, kawasan yang menjadi tempat paling tidak jemu saya melawat walaupun kadang-kadang sibuk dengan belajar. mungkin disebabkan kawasan itu mengingatkan memori sekolah rendah dahulu,  sekolah yang menpunyai bangunan satu tingkat sahaja...

berkelah di port dickson.

Imej
bersama kawan berkelah di port dickson. merehatkan minda sambil melihatkan keindahan Allah s.w.t. biasa melihat pantai di timur. bertukar angin ke sebelah barat pula. melihat laut selat melaka yang menjadi laluan kapal dagangan dari zaman-berzaman. dari zaman kedah tua hingga sekarang. kecantikan pantai di port dickson mugkin tidak dapat dibandingkan denagn pantai sebelah timur. mungkin disebabkan keadaan geografi port dickson terletak di tengah antara dua negara. menjadikan kawasan itu berlumpur dan berbatu-batu. tidak seperti di pantai timur yang berpasir tapi berombak kuat. Allah s.w.t menjadikan sesuatu itu ada kelemahan dan kebaikan. di timur, pantai memang cantik dan berpasir tapi tidak sesuai kadang untuk aktiviti laut sebab air bergelora. di pantai barat pula, sesuai untuk aktiviti laut sebab air tidak bergelora tapi dasarnya berlumpur. semasa mendirikan khemah kami memilih tempat yang menpunyai surau. semasa kami menjejakkan kaki ke surau tersebut. terdetik ra...

mari mengundi kepada yang berhak

Imej
seluruh kampus universiti tak kira di semenanjung sedang hangat dengan pemilihan kampus. adalah wajib, setiap mahasiswa turun mengundi. sebab apa? kita tidak boleh memisahkan agama dengan dunia. barat dah banyak menhancurkan minda kita memisahkan dunia dan agama. maka keluarlah ideologi komunisme, sekularisme, sosialisme, dan liberalisme. tapi amat mengecewakan ada pula adegan fitnah-fitnah. surat layang, boikot. kata semua mahu jadi minda kelas pertama. kalau sebeginilah keadaannya, bukan minda kelas pertama. tapi yang minda orang eropah zaman gelap. asyik fikir mahu kaya dan mahu kekuasaan tapi suka menindas. dalam islam sudah diberitahu akikat bahawa setiap orang adalah khalifah dimuka bumi. bukan amanah sahaja diberi oleh Allah s.w.t. dihantarkan Nabi Muhammad s.a.w sebagai role model belum cukup lagikah? udah-udahlah berfikiran sempit. bila kita mahu maju? setakat mahu berfikir dalam kelompok kita sahaja. tengok kanan kiri, masih ada rakyat malaysia yang belum da...

pergolakan di mesir

Imej
penjalanan yang agak memenatkan hari ini.. walaupun sudah mengunakan pengangkutan awam masih lagi sesak. jalan-jalan di menuju ke ibu kota makin sesak dengan kepulangan warga kota pulang ke kota. bagi meneruskan kelansungan hidup dan menjalankan tugas masing-masing. namun, kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana kita masih lagi mampu bernafas dalam keadaan aman. walaupun ada segelintir pelajar malaysia di mesir masih lagi berada dalam ketakutan akibat pergolakan disana. akibat kesesakan jalan raya yang teruk. maka, telinga ini asyik mendengar berita-berita yang menceritakan pengolakan di mesir. sambil-sambil mengetahui usaha kerajaan menbantu rakyat kita disana. "ops piramid" yang dilancarkan oleh kerajaan bagi menyelamatkan rakyat kita disana disanjung tinggi. apatah lagi komitmen dari semua pihak yang sama-sama menbantu. ada hikmah dari pergolakan itu kepada rakyat malaysia. tengoklah kerajaan bersama rakyat bersama-sama ingin menyelamatkan mereka disana....

menperkenalkan islam kepada orang islam.

Imej
tahniah kepada adik-adik perkim uia kerna mampu terus hidup berjuang. berjuang menperkenalkan islam kepada orang islam. pelik kan? tapi itulah kenyataan yang patut kita terima. bukan untuk sombong diri tapi menyampaikan apa yang diketahui. kalau antara menperkenalkan islam kepada orang bukan islam adalah biasa. tapi mungkin kali ini adik2 berkerja keras mnperkenalkan islam dari sudut seorang bekas bukan islam kepada orang islam. berkongsi pandangan mereka yang bergiat dalam bidang dakwah selepas memeluk islam. meneliti cabaran yang sepatut orang islam perlu tahu keadaan ini, bukan hanaya melihat atau hanya pandai cakap sahaja. maklumat perjalanan program belakang tabir.  marzuki antara pengalaman yang diceritakan oleh ahli panel pada majlis itu adalah sikap kita. apabila seorang bukan islam memeluk islam, maka selesai tugas kita untuk berdakwah. itu kesilapan, sepatutnya kita mesti terus berusaha menperkenalkan islam sebaik mungkin. selain itu ada juga pandangan tentan...